PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU (TAHFIZ ALA HOME STAY)

ﺍﺠﻤﻌﻴﻦ ﻮﺼﺤﺑﻪ ﻋﻠﻲ ﺮﺴﻮﻠﻨﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﻮﻋﻠﻲ ﺁﻠﻪ ﻟﻟﮫ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺎﻠﻤﻴﻦ ﻮﺍﻠﺼﻼﺓ ﻮﺍﻠﺴﻼﻢ ﺍﻟﺤﻤﺪ

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda SAW dan para sahabat Baginda SAW.

Berkat doa daripada guru-guru kami, ibu bapa kami, ahli keluarga kami dan para sahabat kami, dan dengan izin daripada Allah SWT maka mulai 9 Jamadil Awal 1433 Hijrah /1 April 2012, Darul Misykah akan mula menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Permohonan untuk kemasukan telah mula dibuka sekarang dan borang pendaftaran boleh didapati dengan menghubungi Ustaz Hj Illias Ibrahim 013-6311786 atau En. Nazrul Amri Mohamad Salleh 016-2226373

TAHFIZ ALA-HOMESTAY

TAHFIZ ALA-HOMESTAY - Menjamin keselesaan pelajar dengan kemudahan lengkap yang merangkumi bilik tidur yang selesa beserta katil, kamar mandi yang lengkap dengan water heater, ruang belajar berhawa dingin, ruang musolla berhawa dingin dan berkarpet, pantry yang lengkap dengan kitchen cabinet, dobi dan suasana persekitaran yang damai dan tenang.

Sunday 11 March 2012

KELEBIHAN ORANG ALIM

Mafhum Hadis;

Daripada Abu Umamah r.a berkata; Telah disebut disisi Rasulullah SAW dua orang lelaki. Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullah SAW bersabda; "Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu"

Dan dalam riwayat yang lain disebutkan: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya dan penghuni segala langit dan bumi, sehingga semut yang ada didalam lubangnya dan ikan yang ada dilaut, semuanya memohon kebaikan bagi orang yang mengajar manusia akan kebaikan"

(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Keterangan

Sangat tinggi martabat orang yang alim itu bila dibanding dengan martabat orang yang abid yang tidak alim, sehingga Rasulullah SAW membandingkannya dengan martabat Baginda sendiri bila dibanding dengan martabat sahabat yang paling dibawah sekali.

Disisi yang lain pula, orang yang alim itu dikenali dan dicintai oleh semua lapisan penduduk langit dan bumi. Bayangkan bagaimana Allah SWT, para malaikat dan seluruh penghuni tujuh lapis langit, begitu juga segenap penduduk bumi, manusia, jin, binatang sehingga semut-semut yang ada didalam lubangnya dan ikan-ikan yang ada didalam laut, semuanya itu mencintainya dan mendoakan supaya orang alim tadi sentiasa mendapat kebaikan didalam segenap kelakuannya.

Saya rasa, tidak ada orang lain yang akan mendapat kecintaan seperti yang didapatkan oleh orang alim ini. Oleh kerana itu, janganlah kita malas mencari ilmu, kerana hasilnya sangat mulia dan tinggi sekali.

[40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, Susunan KH.Muhammad Syukeri bin Unus Al-Banjari, Terjemahan dan Huraian, Ahmad Fahmi Zam Zam]

1 comment:

  1. http://www.kssgayong.com/2012/06/sumbangan-kepada-darul-misykah-pulau.html

    ReplyDelete