PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU (TAHFIZ ALA HOME STAY)

ﺍﺠﻤﻌﻴﻦ ﻮﺼﺤﺑﻪ ﻋﻠﻲ ﺮﺴﻮﻠﻨﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﻮﻋﻠﻲ ﺁﻠﻪ ﻟﻟﮫ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺎﻠﻤﻴﻦ ﻮﺍﻠﺼﻼﺓ ﻮﺍﻠﺴﻼﻢ ﺍﻟﺤﻤﺪ

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda SAW dan para sahabat Baginda SAW.

Berkat doa daripada guru-guru kami, ibu bapa kami, ahli keluarga kami dan para sahabat kami, dan dengan izin daripada Allah SWT maka mulai 9 Jamadil Awal 1433 Hijrah /1 April 2012, Darul Misykah akan mula menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Permohonan untuk kemasukan telah mula dibuka sekarang dan borang pendaftaran boleh didapati dengan menghubungi Ustaz Hj Illias Ibrahim 013-6311786 atau En. Nazrul Amri Mohamad Salleh 016-2226373

TAHFIZ ALA-HOMESTAY

TAHFIZ ALA-HOMESTAY - Menjamin keselesaan pelajar dengan kemudahan lengkap yang merangkumi bilik tidur yang selesa beserta katil, kamar mandi yang lengkap dengan water heater, ruang belajar berhawa dingin, ruang musolla berhawa dingin dan berkarpet, pantry yang lengkap dengan kitchen cabinet, dobi dan suasana persekitaran yang damai dan tenang.

Sunday 18 March 2012

ILMU MENGANGKAT MARTABAT MANUSIA



Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Telah ditanya Rasulullah SAW siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi SAW menjawab; Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Seterusnya mereka berkata lagi; Bukan ini yang kami tanyakan. Lalu Nabi SAW pun menjawab; Kalau begitu, mungkin yang kamu maksudkan itu ialah Nabi Yusuf as, kerana Baginda ialah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih Allah (maksudnya Yusuf bin Ya'kub bin Ishak Bin Ibrahim a.s). Mereka berkata lagi; Bukan ini yang kami tanyakan. Terus Nabi SAW menjawab lagi; Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokoh daripada bangsa Arab? Mereka menjawab; Ya! Lalu Baginda bersabda; Orang-orang yang baik pada zaman jahiliah dahulu, itulah juga orang-orang yang baik dizaman islam ini, apabila mereka alim dengan hal-hal agama.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan
Sesungguhnya ilmu itu telah mengangkat martabat siapa yang memilikinya. Barangsiapa punya ilmu pasti tinggi martabatnya walaupun dia masih muda atau hanya dari keturunan orang yang miskin. Sebaliknya orang yang tidak berilmu itu, martabatnya rendah walaupun dia keturunan orang bangsawan atau keturunan orang kaya. Nah! Ilmulah yang menentukan tinggi atau rendahnya martabat seseorang, bukan harta atau keturunan.

[40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, Susunan KH.Muhammad Syukeri bin Unus Al-Banjari, Terjemahan dan Huraian Ahmad Fahmi Zam-Zam]

No comments:

Post a Comment