PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU (TAHFIZ ALA HOME STAY)

ﺍﺠﻤﻌﻴﻦ ﻮﺼﺤﺑﻪ ﻋﻠﻲ ﺮﺴﻮﻠﻨﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﻮﻋﻠﻲ ﺁﻠﻪ ﻟﻟﮫ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺎﻠﻤﻴﻦ ﻮﺍﻠﺼﻼﺓ ﻮﺍﻠﺴﻼﻢ ﺍﻟﺤﻤﺪ

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda SAW dan para sahabat Baginda SAW.

Berkat doa daripada guru-guru kami, ibu bapa kami, ahli keluarga kami dan para sahabat kami, dan dengan izin daripada Allah SWT maka mulai 9 Jamadil Awal 1433 Hijrah /1 April 2012, Darul Misykah akan mula menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Permohonan untuk kemasukan telah mula dibuka sekarang dan borang pendaftaran boleh didapati dengan menghubungi Ustaz Hj Illias Ibrahim 013-6311786 atau En. Nazrul Amri Mohamad Salleh 016-2226373

TAHFIZ ALA-HOMESTAY

TAHFIZ ALA-HOMESTAY - Menjamin keselesaan pelajar dengan kemudahan lengkap yang merangkumi bilik tidur yang selesa beserta katil, kamar mandi yang lengkap dengan water heater, ruang belajar berhawa dingin, ruang musolla berhawa dingin dan berkarpet, pantry yang lengkap dengan kitchen cabinet, dobi dan suasana persekitaran yang damai dan tenang.

Wednesday 14 March 2012

KEHEBATAN ORANG ALIM

 
Ertinya;

Daripada Abdullah bin Abbas r.huma berkata: Telah  bersabda Rasulullah SAW; "Seorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu orang abid (yang tidak alim).

(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Keterangan

Orang yang alim itu sangat ditakuti oleh syaitan, kerana si alim tiu tahu caranya untuk melawan godaan syaitan dan dapat pula si alim itu memberi bimbingan kepada orang lain supaya ia selamat dari godaan syaitan, bahkan si alim itu dapat pula menyelamatkan orang-orang yang telah disesatkan oleh syaitan. Jadi syaitan sangat takut kepada si alim kerana dia dapat memelihara dirinya dan memberikan bimbingan kepada orang lain.

Lain halnya dengan seorang abid yang hanya menghabiskan waktunya dengan beribadat sahaja, dia tidak dapat memberikan bimbingan kepada orang lain. Bahkan kadang-kadang dia sendiri masih dapat disesatkan oleh syaitan. Maka dari kerana inilah orang yang alim itu jauh lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan si abid.

[40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, Susunan KH.Muhammad Syukeri bin Unus Al-Banjari, Terjemahan dan Huraian, Ahmad Fahmi Zam Zam]

No comments:

Post a Comment